
Malaysia adalah sebuah negara unik dan kaya dari segi kepelbagaian budayanyamakanannya dan masyarakatnya yang baik-baik membuatkan ramai orang luar suka pada negara ini.
Maka tidak hairanlah buat seorang ‘mat salleh’ dari Hungary ini untuk membuat keputusan menetap di sebuah pekan kecil di Perak dan membina kehidupannya di situ.
Bagaimanapundia telah mencuri perhatian warga maya apabila tular di laman sosial kerana kelainan yang dibawanya buat masyarakat setempat.
Baca juga: Pancake Jepun Yang Gebu Dan SedapMakan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!
Namunkelibat ‘orang putih’ tersebut yang dikenali sebagai Adam Abdullah itu sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Kampung Gajah dan Bota.
Adam berkahwin dengan seorang wanita tempatan Elsuraya Mohameddan kini menjalankan perniagaan menjual makanan tradisi Hungary iaitu ‘Langos’ untuk penduduk sekitar itu.

Untuk pengetahuan korangLangos merupakan sejenis roti garing dan ditaburkan keju di atasnya sebelum dimakan.
Manakala Langos versi Adam dan isterinta mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Antara perisa langos ciptaan pasangan suami isterini ini ialah kaya yang dimasak sendiricoklatsambal bilis rangupbawang putih minyak zaitun serta keju krim masam.

Berkongsi pengalamannya ketika mendekati masyarakat tempatanAdam akui agak kekok pada mulanyanamun ramai yang dapat menerimanya selepas itu.
Kepetahannya bercakap menggunakan Bahasa Melayu dan loghat Bota menjadikan pemuda asal Eropah Timur yang berniaga di Bota inidisenangi penduduk tempatan.
Untuk korang yang mahu merasa Langos boleh ke rumah mereka di Jalan Teluk IntanKampung Telok Bakong Hulu32900 Lambor KananPerak.
Waktu beroperasi adalah pada jam 3 petang hingga 7 malam pada setiap hari JumaatSabtu dan Ahad.
Nanti min pun nak datang singgah merasa sendiri~














