Ayat Untuk Sahabat: 50 Petikan Ayat-Ayat Berkaitan Persahabatan

Sumber: Adobe Stock

Persahabatan yang kukuh dapat mengatasi ujian masamemberikan kegembiraan atau kesedihandan membantu perkembangan emosi mana-mana individu. Kebanyakan orang mengaggap sahabat baik atau akrab sama taraf seperti keluarga sendiribaik kawan-kawan lama ataupun yang baru.

Setiap persahabatan penuh dengan detik-detik yang menggembirakanmenyedihkandan ada juga yang mengelirukan. Tak kira apa jua keadaan sekalipunterdapat banyak ayat untuk sahabat yang dapat memberikan semangatdoronganataupun kata-kata hikmah.

Persahabatan yang sihat memerlukan individu yang sering berkomunikasi secara terbukadan sahabat yang sebenar adalah mereka yang menerima anda seadanya dan mampu menghormati batasan anda walaupun sekiranya bercanggah pendapat.

Highlighted

ayat untuk sahabat
Sumber: Getty Images

Persahabatan yang sihat juga memerlukan sokongan sesama sendiri dan tidak hanya muncul bila memerlukan bantuan. Layari petikan ayat-ayat berikut untuk sahabat yang dapat menyentuh hati.

50 Petikan Ayat Untuk Sahabat Yang Indah

1. Sahabat baik tidak pernah berjauhan. Walaupun jauh di matatapi tetap dekat dihati.

2. Melangkah sendiri jika ingin berjalan lebih cepattapi melangkahlah bersama sahabat jika ingin berjalan lebih jauh.

3. Teman adalah seribu kawan diwaktu senang. Sahabat adalah seorang kawan di saat suka dan duka.

4. Setiap persahabatan baru adalah pengembaraan baru; permulaan sesuatu yang akan memberikan banyak kenangan.

5. Sahabat baik takkan berdiam dirisebaliknya akan berterus terang.

6. Persahabatan yang manis menyegarkan jiwa.

7. Sahabat yang sebenar ialah seseorang yang muncul bila anda dilanda masalah sementara seluruh dunia melarikan diri.

8. Hadiah paling berharga yang dapat anda terima adalah seorang rakan yang jujur dan setia.

9. Sahabat baik adalah seperti bintang; anda mungkin tidak selalu melihatnya tetapi mereka sentiasa ada di sana.

10. Sahabat handai adalah keluarga yang anda pilih.

11. Ramai orang akan masuk dan keluar dari hidup andatetapi hanya rakan sejati yang akan meninggalkan jejak kaki di hati anda.

12. Persahabatan yang baik bukan ditentukan oleh berapa lama anda kenal seseorangtetapi siapa yang tak pernah tinggalkan sisi anda.

bersama sahabat baik
Sumber: Getty Images

13. Aku tak berjanji untuk menyelesaikan masalahmutetapi aku berjanji tetap akan ada bersama menghadapi masalahmu.

14. Pergaduhan yang besar atau kecil takkan mampu leraikan persahabatan kitakerana kita adalah sahabat selamanya.

15. Dunia ini memerlukan rakan lebih banyak seperti anda; penyayangbijaksanadan baik dalam segala yang anda lakukan!

16. “Besi menajamkan besiteman menajamkan teman.” (Nabi Sulaiman)

17. Lebih baik berjalan dalam gelap bersama sahabatberbanding dari berjalan dalam terang seorang diri.

18. Sahabat sejati bukanlah mereka yang mempunyai persamaantetapi mereka yang saling melengkapi perbezaan masing-masing.

19. Persahabatan yang sejati adalah perjalanan yang tidak akan tamat.

20. Teman adalah seribu kawan sewaktu senangsahabat adalah seorang kawan di saat susah dan duka.

21. Matahari tak pernah memilih siapa yang harus diberikan sinar. Begitu jugalah dengan sahabat sejati.

22. Indahnya persahabatan adalah saat kita memberi tetapi tak mengharapkan balasandan ada ketawa saat dalam kesedihan.

23. Jangan pernah memandang rendah erti persahabatan kerana dalam hidup ini kamu tak akan mampu melangkah seorang diri tanpa sahabat.

24. Teman merupakan orang yang menyelamatkanku dari neraka yang bernama kesepian. (Naruto Uzumaki)

25. Selain ibu bapa dan keluargakamu adalah sahabat sejati yang menjadi sebahagian dari hidupku.

26. Jangan berjalan di belakangkumungkin aku tak dapat memimpinmu. Jangan pula berjalan di depankumungkin aku tak mampu mengikutimu. Berjalanlah di sisiku dan jadilah sahabatku.

ayat untuk sahabat
Sumber: Getty Images

27. Keikhlasan persahabatan takkan lupus jika jujur menjadi sandaran.

28. Cinta yang berasal dari persahabatan adalah asas kehidupan bahagia.

29. Jika anda mencari rakanmungkin ia susah untuk dijumpaitetapi jika anda menjadi seorang rakananda akan menjumpai teman dimana sahaja.

30. Persahabatan yang kukuh tidak memerlukan perbualan harian atau meluangkan masa bersama. Selagi hubungan itu hidup di hatikawan sejati tidak pernah berpisah.

31. Sahabatnikmatilah hidupmu dan bergembiralah dalam persahabatan ini kerana ia tidak akan pudar selamanya.

32. Jarak bukan pemisah persahabatan kitamalah jarak menjadikan hubungan kita bertambah erat setiap hari.

33. Ada hikmah Allah temukan kita sebagai sahabat. Takdir Allah adalah yang terbaik dalam kehidupan dunia akhirat.

34. Seorang pahlawan membuktikan dirinya dengan sebuah tindakanseorang pecundang membuktikan dirinya melalui perkataanseorang sahabat pula membuktikan dirinya dengan kesetiaan.

35. Pertalian darah membuatkan anda keluargacinta menjadikan anda keluarga.

36. 1000 musuh mudah dicarisatu sahabat sepertimu sukar dicari.

37. Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaantapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan.

38. Sahabatkau adalah ketenangankuyang menjadikan jiwa ini senang serta menjadikan hati ini terang.

melancong dengan sahabat baik
Sumber: Getty Images

39. Jika anda mencari rakan yang tidak mempunyai kekurangananda tidak akan mempunyai teman.

40. Sedikit kekuranganmuadalah kelebihanku. Sedikit kelebihanmuadalah kekuranganku. Kerana itukita adalah sahabat.

41. Kita bukan dari rahim yang samatapi kita punyai jiwa yang sama.

42. Sahabat adalah umpama mutiara terang yang menyuluh ke arahmutidak sedikit pun malap tetapi tetap menerangimu dalam apa jua keadaan.

43. Tujuh warna menjadikan pelangitujuh hari menjadikan seminggudan tujuh huruf menjadikan kamu SAHABAT.

44. Senyumanmu semanis semut menyengatmembuatkan hariku lebih bersemangat.

45. Kita rapat bukan kerana kau kerabattetapi kerana kau sahabat.

46. Kawan yang baik sukar dicarilebih sukar untuk ditinggalkandan mustahil untuk dilupakan.

47. Sahabatsemoga bahumu sentiasa ada untuk air mataku. Semoga dirimu sentiasa ada saat ku perlu.

48. Nasib baik kawan-kawan tidak datang dengan tanda harga kerana aku takkan mampu membayar untuk sahabat-sahabat baik yang aku ada.

49. Diam bukan bererti lupajika sahabat sentiasa dalam doa.

50. Sahabat adalah hadiah yang anda berikan kepada diri sendiri.

bersama sahabat baik
Sumber: Getty Images

Petikan-petikan ayat untuk sahabat diatas amat sesuai digunakan bila-bila masa untuk sahabat baik andasama ada untuk menulis dalam kad hari jadibila berlaku percanggahan dan anda ingin meminta maafataupun dalam perbualan atau mesej teks harian. Sahabat anda tentu akan menghargainya!

0 replies on “Ayat Untuk Sahabat: 50 Petikan Ayat-Ayat Berkaitan Persahabatan”