10 Tempat Makan di Cheras Yang Wajib Anda Terjah
Mencari tempat makan di Cheras? Cheras merupakan sebuah pinggir bandar yang terletak di selatan-timur di KL. Nama pun bandarsemestinya ada banyak…

Mencari tempat makan di Cheras?
Cheras merupakan sebuah pinggir bandar yang terletak di selatan-timur di KL. Nama pun bandarsemestinya ada banyak tarikan di sini dan ini termasuklah tempat makan menarik.
Tertanya-tanya tempat makan mana di Cheras yang boleh disinggah? Berikut kami senaraikan 10 tempat makan di Cheras untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Restoran Ayam Kampung Velodrome
Alamat: 18 & 20Pusat Niaga VelodromCheras56000 Kuala LumpurWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin7.30 am - 5 pm
Restoran Ayam Kampung Velodrome yang terletak di Pusat Niaga Velodrome ini merupakan antara tempat makan di Cheras yang popular dengan masakan kampung.

Imej via Foursquare
yam kampung merupakan lauk kegemaran ramai pelanggan mereka. Ramai memuji isinya yang lembut dan berkualiti tinggijadi anda wajib cuba! Selain itulauk-pauk lain yang berbagai juga ada disajikan.
#2 Pormtip Thai Restaurant
Alamat: Ground Floor83Jalan Dwitasik 1Bandar Sri Permaisuri56000 CherasWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ingin menikmati makanan Thai? Singgahlah di Pormtip Thai Restaurantmereka ada menyajikan sajian Thai yang bukan sahaja enakmalah asli. Ianya juga halaljadi jangan risau.

Imej via Foursquare
Antara menu yang boleh dicuba ialah green curry, sup tomyamudang butter, nasi goreng nanas dan banyak lagi. Ruang restoran juga bersih dan selesasesuai disinggah oleh anda dan keluarga.
#3 Nasi Kak Wok Cheras
Alamat: 9Jalan Dwitasik 2Bandar Sri Permaisuri56000 CherasWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari7 am - 12 am
Nama restoran ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Nasi Kak Wok sememangnya terkenal di negara kita dan mempunyai cawangan di serata Malaysia. Salah satu cawangannya ialah di Cheras.

Imej via Foursquare
Bagi yang tidak tahuNasi Kak Wok ini merupakan hidangan nasi berlauk yang menyajikan nasi bersama gulaisambal dan ayam goreng yang dipotong kecil. Ianya dijamin sedap dan mengenyangkansesuai untuk makan tengah hari!
#4 Western Express
Alamat: 52-GDanau Lumayan 1Pusat Perniagaan Danau Lumayan Off Jalan Tasik Permaisuri 1Bandar Tun Razak, 56000 CherasKuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari6 pm – 3 am
Ada penggemar murtabak di sini? Anda wajib singgah di restoran Western Express kerana restoran ini ada menyajikan murtabak yang sangat popular di Cheras. Tebalpenuh dengan isi dan semestinya sedap!

Imej via Foursquare
Selain murtabakmenu lain yang berkonsepkan makanan Barat juga boleh anda cuba. Chicken Chop dan Fish & Chip Bakar merupakan antara hidangan yang dipuji ramai.
#5 Murni Discovery Cheras
Alamat: B-37-G & B-39-G Pusat Perniagaan Danau LumayanJalan Danau LumayanBandar Sri Permaisuri56000 CherasWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari11 am - 11 pm
Restoran yang mula beroperasi sejak tahun 1999 ini merupakan antara restoran yang sangat terkenal. Ianya mempunyai cawangan di serata KL & Selangordan salah satunya ialah di Cheras.

Imej via Foursquare
Restoran ini terkenal dengan sajian Barat dan tempatan. Antara hidangan yang boleh anda cuba ialah Spaghetti Carbonara Chicken ChopChicken ChopMee Raja dan Naan Tandoori.
#6 Cik Melur Permaisuri (IKAN BAKAR)
Alamat: Lot A4Pusat Penjaja BdrJalan Sri PermaisuriJalan Sri Permaisuri 6Cheras56000 CherasWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari7 am - 11.30 pm
Kepada peminat masakan kampung dan ikan bakarkami sarankan agar anda singgah menjamu selera di restoran Cik Melur Permaisuri (IKAN BAKAR) yang terletak di Cheras ini.

Imej via Foursquare
Ikan bakar di restoran ini dikatakan segar dan sedap. Isinya yang lembut memang sesuai dinikmati bersama air asam mereka yang padu. Lauk-pauk lain juga ada disediakanjadi jangan lupa cuba!
#7 Pak Teh Char Koay Teow & Nasi Lemak Ayam
Alamat: 29Jalan SelimangTaman Tenaga56000 Kuala LumpurWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari7 pm - 3 am
Char koay teow merupakan hidangan yang digemari ramai orang kita. Tambahan pula jika ianya disediakan oleh tukang masak yang handalpasti rasanya lebih sedap dan boleh bikin ramai ketagih.

Imej via Foursquare
Untuk mencuba hidanagn ituapa kata anda singgah di restoran Pak Teh Char Koay Teow & Nasi Lemak Ayam. Char koay teow sememangnya antara menu terlaris di sini di samping nasi lemak yang harum aromanya.
#8 Restoran Emak Engku
Alamat: No.15Jalan Indah 26Taman Cheras Indah56100 CherasWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari3 pm - 1 am
Restoran Emak Engku ini merupakan antara tempat makan di Cheras yang popular. Ianya kerap disinggah pada waktu malam kerana set makan malam mereka dikatakan terlajak sedap.

Imej via Instagram
Antara menu yang wajib anda pesan ialah siakap stim limauNasi Goreng Datukmi celurkerabu maggi dan banyak lagi. Ruang restoran juga bersihmemang terbaik!
#9 Soru Station
Alamat: C-16 Medan Selera Bdr Sri PermaisuriJalan Sri Permaisuri 6Cheras56000 Kuala Lumpur,
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin5 pm – 1 am
Restoran Soru Station yang terletak di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri ini terkenal dengan aneka jenis makanan Barat. Menu platter juga ada disediakan & ianya juga bersaiz besar.

Imej via Foursquare
Antara menu yang boleh dicuba ialah Chicken ParmigianaChicken Cordon BleuLamb Grill dan Charcoal Grilled Chicken. Melihat gambar ini pun sudah bikin terliurbayangkanlah keenakkannya!
#10 Nenda by Sarimah
Alamat: BS-01Glenview Business CentreJalan KuariKampung Cheras Baru56100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad11 am - 9 pm
Ingin menikmati hidangan tempatan di restoran yang santai? Singgah sahaja di restoran Nenda by Sarimah yang bukan sahaja terkenal dengan masakan kampungmalah sajian Barat juga turut digemari ramai.

Imej via Instagram
Antara menu yang wajib anda cuba ialah nasi ayam penyetasam pedas kembongtempoyak ikan patinsalted egg butter chicken dan banyak lagi. Semuanya dijamin lazatrugi jika tak cuba!
Kesimpulan
Sudah jumpa tempat makan di Cheras yang ingin diterjah? Jika berpeluangsinggah sahaja satu persatu tempat makan ini kerana semuanya ada tarikan tersendiri.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!
