Sekarang ni dah tak perlu keluar rumah dan ke kaunter lagi sebab dah boleh buat semakan baki PTPTN online sahaja.
Semuanya di hujung jari kerana Penyata PTPTN online boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.
Kita juga boleh membuat semakan tunggakanansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal ini.
Kalau nak tahu cara buat semakan baki PTPTN online langkah demi langkahjom rujuk info selanjutnya yang kami kongsikan ini.
Cara Buat Semakan Baki PTPTN Online
Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini andatunggakanansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.
Jadi kita boleh check baki bila-bila masa saja dan tak perlu lagi nak keluar untuk berurusan dengan pihak PTPTN.
Baca juga : MyASNB: PendaftaranPengeluaran ASB OnlineSemakan Baki & Dividen
Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah untuk mengakses portal PTPTN dan membuat semakan baki PTPTN online.
1. Lawati Portal PTPTN
Pertama sekalilawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

Atau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:
https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
2. Masukkan No. Kad Pengenalan
Isikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera.

Klik ‘Semak’ untuk proses seterusnya.

3. Masukkan Kata Laluan
Kemudianmasukkan kata laluan.
Jika terlupaklik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.
*Bagi pengguna kali pertamaanda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan sementara yang akan dihantar ke e-mel.
**Untuk mendapat respon yang pantasanda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

4. Semak Penyata
Setelah berjaya loginsemakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

Penyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.

‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci seperti ini.

Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang ‘Cetak’.

Bayaran Balik PTPTN Melalui Debit Terus (Direct Debit)
Untuk membuat bayaran balik melalui kaedah debit terusanda perlu:
1. Mempunyai Akaun Semasa/ Simpanan daripada bank – bank yang seperti di bawah dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.
| Affin Bank Berhad Alliance Bank Malaysia Berhad AmBank Malaysia Berhad Bank Islam Malaysia Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Bank Simpanan Nasional Bank Muamalat Malaysia Berhad CIMB Bank Berhad HSBC Bank Malaysia Berhad | Hong Leong Bank Berhad Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad Malayan Banking Berhad (M2U) Malayan Banking Berhad (M2E) OCBC Bank Malaysia Berhad Public Bank Berhad RHB Bank Berhad Standard Chartered Bank United Overseas Bank |
2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) di PTPTN.
3. Untuk Bayaran Balik Pinjamananda dikehendaki untuk mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.
4. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini di penyata pinjaman dalam masa 3 hari bekerja.
5. Untuk manual permohonan debit terus, KLIK DI SINI atau rujuk lampiran di bawah:
Klik pautan di bawah untuk membuat permohonan pembayaran balik melalui kaedah debit terus:
- Apple App Store : https://apple.co/3JKH6rA
- Google Play Store : https://lnkd.in/djBFAXVA
- Huawei App Gallery : https://lnkd.in/dS9u5dpS
Cara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Tahukah andaselain membuat semakan baki PTPTN onlineterdapat pelbagai lagi e-Perkhidmatan yang boleh diakses oleh peminjam.
Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balikterdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu:
- Memohon Penangguhan bayaran balik PTPTN; atau
- Memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan
Berikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.
i) Memohon Penangguhan PTPTN
Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatanmenghadapi masalah kewangan dan sebagainya.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
- Salinan surat tawaran pengajian.
- Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
- Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
- Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).
Nota:
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
- Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
ii) Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN
Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulananpeminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.
Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.
Melalui kaedah initempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Kerajaan Sarawak Bantu Bayar Pinjaman PTPTN

Kerajaan Sarawak terusk komited membantu meringankan beban kewangan pelajard dengan memperuntukkan RM15 juta pada tahun 2026 bagi meneruskan program diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN.
Premier SarawakDatuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkatainisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 33,000 pelajardengan jumlah keseluruhan RM117 juta disalurkan setakat ini.
Program subsidi bayaran balik ini khusus untuk peminjam Sarawak yang menunjukkan disiplin kewangan dengan membayar lebih daripada 30 peratus jumlah pinjaman merekadan dilaksanakan melalui Yayasan Sarawak. Sarawak juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menawarkan diskaun bayaran balik PTPTN yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Selain ituAbang Johari turut mengumumkan dua inisiatif utama lain bagi menyokong pelajar berpendapatan rendahiaitu program komputer riba percuma dan baucar buku.
Kerajaan Sarawak juga memperuntukkan RM60 juta sebagai bantuan kewangan khas kepada pelajar universiti di Sarawak bagi menampung kos sara hidup termasuk makanan dan keperluan harian.
Kesemua inisiatif ini dijangka terus memberi impak positif kepada generasi pelajar Sarawak selaras dengan usaha mempromosikan pendidikan yang saksama dan aksesibel.
Inisiatif PTPTN Sarawak Dapat Sambutan Positif Rakyat







Maklumat Lanjut
Diharapkan dengan perkongsian info inipeminjam dapat melakukan urusan semakan baki PTPTN online dengan lebih lancar.
Follow media sosial PTPTN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Anda boleh mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan respon yang pantas melalui admin PTPTN.
Anda juga boleh terus membuat panggilan ke nombor telefon Careline: 03 – 2193 3000Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.
Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui pelbagai saluran lain melalui pos di alamat surat menyurat :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat BawahMenara PTPTN,
Blok DMegan Avenue II,
No.12Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Soalan Lazim – Semak Baki PTPTN
Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.
Peminjam yang layak adalah seperti berikut:
i. Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak;
ii. Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
iii. Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).
Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.
Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.
Contoh pengiraan:
Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan. PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.
Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 9 Mac 2021.
Insentif ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Peminjam hanya layak menerima insentif ini sekali sahaja.
Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN untuk menstrukturkan semula pinjaman
Sekiranya peminjam tidak berundingPTPTN tidak dapat membantu menstrukturkan pinjaman peminjam. Bayaran balik yang tidak konsisten dan mempunyai tunggakan akan memberi kesan kepada rekod CCRIS peminjam. Selain itu peminjam juga boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian yang telah ditandatangani.
Peminjam hendaklah konsisten membayar berdasarkan Jadual Bayaran Balik. Sekiranya peminjam menghadapi masalah membayarPTPTN menyediakan 4 jenis rundingan iaitu:-
1. Pertukaran Ujrah (pertukaran pinjaman Konvensional ke pinjaman Islamik)
2. Penstrukturan Pinjaman (mengurangkan ansuran bulanan dengan pemanjangan tempoh pinjaman)
3. Penjadualan Pinjaman (mengekalkan tempoh pinjaman dan ansuran bulanan akan meningkat)
4. Penggabungan Pinjaman (menggabungkan dua (2) pinjaman ujrah kepada satu (1) pinjaman sahaja)
Berikut adalah langkah untuk membuat rundingan dengan PTPTN:
1. Hantar dan isi permohonan di aplikasi myPTPTN.
2. PTPTN akan menghubungi peminjam dan membuat rundingan. Semasa rundinganpeminjam perlu memaklumkan pendapatan dan komitmen yang ditanggung supaya jumlah bayaran adalah bersesuian dengan kemampuan peminjam.
3. Selepas peminjam dan PTPTN bersetuju dengan keputusan rundinganpeminjam hendaklah membuat persetujuan potongan gaji/ direct debit.
4. Seterusnya peminjam hendaklah menandatangani dokumen tawaran perjanjian di dalam myPTPTN.
5. Selepas perjanjian diterima oleh PTPTNpeminjam hendaklah memulakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu seperti mana yang telah dipersetujui semasa rundingan.
Untuk soalan lazim lain berkaitan dengan pembayaran pinjaman PTPTNanda boleh semak pada pautan ini: https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim/
Baca juga:




