×

注意!页面内容来自https://www.panduanmalaysia.com/kadar-tol-lpt2-lebuhraya-pantai-timur-2/,本站不储存任何内容,为了更好的阅读体验进行在线解析,若有广告出现,请及时反馈。若您觉得侵犯了您的利益,请通知我们进行删除,然后访问 原网页

Panduan terkini dikemaskini pada

Kadar Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2

Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2. Berapa harga tol LPT2? Kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari JaborPahang ke Kg GemurohTerengganu akan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam).

LPT 2 Sdn Bhd ialah pemegang konsesi bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2/Lebuhraya)yang mengurusmengendalikan dan menyelenggara Lebuhraya tersebut.

Info LPT2

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2/ Expressway) ialah lebuhraya dua lorong berkembar sepanjang 184 kilometer antara Jabor dan Kuala Terengganu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lebuhraya ini berfungsi sebagai sambungan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sedia adadari Kuala Lumpur ke pantai timurdengan 10 persimpangan menghubungkan Lebuhraya ke pelbagai tempat di sepanjang laluan utamanya dan enam kawasan rehat dan perkhidmatan yang dirancang dengan baikserta empat lay-by.

LPT2 terdiri daripada 10 plaza tol: ChenehCukaiKijalKertehPakaDungunBukit BesiAjilTelemungdan Kuala Terengganu.

Lebuh Raya ini mengurangkan masa perjalanan dari Jabor ke Kuala Terengganu sebanyak 2 jammenjadikan perjalanan ke Kelantan lebih cepat dan selesa. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur kini mengambil masa kira-kira 4-5 jam sahajaberbanding masa perjalanan sebelum ini sekitar 7-8 jam.

Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2 

Berikut adalah kadar tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

  • Kadar tol dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna
  • 12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta)
  • RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya

Januari 2020 : Berkuatkuasa pada 1 Februari 2020bayaran tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan diturunkan sebanyak 18% sejajar dengan pengumuman oleh Kerajaan baru-baru ini.

Penurunan tol 18% ini juga akan dapat dinikmati oleh semua pelanggan kenderaan penumpang (Kelas 1)teksi (Kelas 4) & bas (Kelas 5) . Manakalabayaran tol untuk lori (Kelas 2 & 3) akan kekal sehingga tamat tempoh konsesi pada tahun 2058.

Kadar Tol Per Kilometer Sebelum Penurunan Tol 18%

  • Kelas 1 : 12 sen
  • Kelas 2 : 24 sen
  • Kelas 3 : 36 sen
  • Kelas 4 : 6 sen
  • Kelas 5 : 12 sen
harga tol lpt2
Harga Tol LPT2

Senarai Plaza Tol Di LPT2 Dan Jadual Bayaran Tol Ikut Kelas

Berikut adalah 10 plaza tol yang terdapat di LPT2.

Klik kalkulator TOL untuk mengetahui harga terkini mengikut destinasi dan kelas kenderaan:-

Klik : Kadar Tol Terkini LPT2

Kadar Tol LPT2 Sebelum Penurunan Tol 18%

  • 1. Plaza Tol Cheneh

  • 2. Plaza Tol Chukai

  • 3. Plaza Tol Kijal

  • 4. Plaza Tol Kerteh

  • Plaza Tol Paka

  • Plaza Tol Kuala Dungun

  • Plaza Tol Bukit Besi

  • Plaza Tol Ajil

  • Plaza Tol Telemong

  • Plaza Tol Kuala Terengganu

Kenyataan Media Kutipan Tol LPT2

kenyataan media kutipan tol lpt2

Peta Laluan/ Jajaran LPT2

Untuk maklumanpelaksanakan operasipenyelenggaraan dan kutipan tol di LPT2 akan dilaksanakan oleh Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd)sebuah syarikat milik penuh PLUS Berhad yang telah dilantik oleh kerajaan.